SMSTSP

PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK (GEMILANG)

Nama GEMILANG merupakan akronim kepada Gagasan Kemenjadian Murid Holistik dan Terbilang. Setiap tingkatan mempunyai kumpulan GEMILANG masing-masing yang diurus dan ditadbir secara sistematik oleh beberapa orang guru, dengan matlamat membangunkan potensi murid secara menyeluruh merangkumi aspek akademik, sahsiah dan kepimpinan.

Objektif GEMILANG adalah:

  1. Memberikan peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan potensi diri dan bermotivasi dalam
    menghadapi persediaan peperiksaan.
  2. Memberikan peluang kepada guru dan murid-murid untuk berinteraksi dan bertukar pandangan.
  3. Memberikan pendedahan tentang kaedah bimbingan ke arah kejayaan murid-murid.
  4. Memantapkan matlamat dan hala tuju selepas peperiksaan.
  5. Memberikan pengetahuan serta memahami situasi pembelajaran di rumah.
  6. Memberikan pendedahan tentang ransangan dan dorongan terbaik ke arah kejayaan murid-murid.

GEMILANG 1 (nama masih dalam proses perbincangan)