SMSTSP

IDENTITI SEKOLAH

Cogan kata (slogan)

“TEKUN, USAHA, JAYA”

Kesungguhan, kerajinan dan dedikasi merupakan teras kecemerlangan. Oleh itu, apa jua agenda yang dilakukan memerlukan iltizam yang bersungguh-sungguh. Kerana usaha yang bersepadu dengan ketekunan pasti akan membuahkan kejayaan.

Lencana

  • Kuning dan biru: Warna negeri Perlis
  • 5 bilah keris: Lambang di raja
  • Keris: Simbol 5 prinsip rukun negara
  • Hijau: Kesuburan
  • Padi: Kemakmuran tempatan, asas kejayaan
  • Atom: Lambang pengetahuan Sains yang menentukan kemakmuran

Bendera

  • Merah: melambangkan keberanian
  • Biru: melambangkan perpaduan
  • Kuning: melambangkan kedaulatan

Lagu

Kami penuntut semua, pelbagai turunan bangsa

Datang dari rata-rata, bumi Malaysia tercinta

 

Prinsip rukun Negara, menjadi pegangan kami

Berkat tekun usaha jaya, dukung sains teknologi

 

Maju SMTSP, harum SMTSP, selama-lamanya

Kami kan berjanji, tekun dan berusaha

Semoga berjaya

 

Prinsip rukun Negara, menjadi pegangan kami

Berkat tekun usaha jaya, teguh semangat berbakti

 

Sumber rujukan:

  • Majalah Puteraindera 2000
  • Majalah Puteraindera 2007